Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Menteri Thailand puji sistem pendidikan Brunei

     

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Sistem pendidikan Negara Brunei Darussalam bukan sahaja kukuh malah merupakan salah satu sistem pendidikan terbaik di rantau ini sehingga mendapat pujian daripada Menteri Pendidikan Thailand, Dr. Teerakiat Jareonsettasin.

    “Kita boleh belajar banyak dari Brunei kerana negara kecil ini mempunyai salah satu sistem pendidikan terbaik di rantau ini,” katanya kepada media di Bangkok selepas pertemuannya dengan Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman semasa Persidangan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) ke-49 yang diadakan di Jakarta, Indonesia, kelmarin.

    Dr. Teerakiat mendedahkan Thailand dan Brunei telah membangunkan program kerjasama dua hala dengan kedua-dua pihak berminat untuk belajar daripada satu sama lain untuk meningkatkan pendidikan di negara masing-masing. Beliau berkata ini merupakan contoh yang jelas mengenai perkongsian kukuh di kalangan negara-negara anggota SEAMEO.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    New Zealand larang guna telefon bimbit di sekolah

    WELLINGTON, 1 DIS – Telefon bimbit akan dilarang di sekolah-sekolah di seluruh New Zealand, kata Perdana Menteri konservatif Christopher Luxon hari ini, ketika kerajaannya...