Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Uganda ditahan atas cubaan membunuh

    KAMPALA, 8 SEPT – Menteri Buruh Uganda direman dan dipenjara kelmarin kerana didakwa atas cubaan membunuh, lapor agensi berita Anadolu.

    Mwesigwa Rukutana ditangkap pada Sabtu selepas beliau mengambil pistol milik seorang pengawalnya dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menyokong pesaing politiknya, Naome Kabasharira.

    Beliau bertindak demikian selepas tewas dalam pilihan raya tempatan di daerah Ntungamo di barat Uganda.

    Menurut jurucakap polis, Fred Enanga, seorang mangsa dikenali Dan Rwiburingi, mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Ntungamo, dilaporkan dalam keadaan kritikal sementara yang lain cedera ringan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda