Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mentiri Night Market promosi usahawan belia

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Sebanyak 29 vendor menyertai dalam Mentiri Night Market 3.0 #SeafoodGalore yang bermula kelmarin di Taman Riadah Bukti Mentiri.

    Hadir merasmikan gerai malam itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri dan turut hadir menyaksikan pelancaran itu ialah Ketua Kampung Mentiri, Haji Bujang bin Sabtu.

    Antara lain tujuan aktiviti gerai jualan itu adalah bagi menyahut Wawasan Brunei 2035 dan seterusnya mempromosi dan mengetengahkan usahawan yang kebanyakan terdiri daripada golongan belia. Sejurus pelancarannya, Awang Mohammad Sofian dibawa ke petak jualan untuk diperkenalkan kepada para peserta gerai tersebut.

    Gambar ramai tetamu kehormat bersama ahli jawatankuasa penganjur. – GAMBAR SERAHAN TSS
    Awang Mohammad Sofian menyaksikan petak jualan Mentiri Night Market 3.0. – GAMBAR SERAHAN TSS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda