Saturday, November 16, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menu ala carte senang dan mudah

    MENU ala carte setentunya dapat memenuhi selera anda yang ada kalanya buntu untuk menyediakan juadah yang menarik buat keluarga.

    Pilihan lauk-pauk dan hidangan set nasi dari negara Gajah Putih setentunya tidak akan mengecewakan anda.

    Kali ini, ruangan masakan akan mengongsikan beberapa resipi masakan Thai yang mudah untuk setiap suri rumah mencubanya. Gabungan rasa Thai iaitu masam, manis dan pedas akan dapat memberikan keistimewaan untuk anda nikmati bersama keluarga. Selamat mencuba!

    Burung puyuh lada hitam

    Bahan-bahan:

    3 ekor burung puyuh yang dipotong kecil

    1 biji bawang besar yang dihiris

    2 ulas bawang putih yang dicincang halus

    3 cm halia yang dihiris halus

    5 tangkai cili kering yang dihiris kecil

    1/2 batang lobak merah yang dipotong dadu kecil

    1 batang serai yang dihiris halus

    2 sudu teh lada hitam yang dikisar halus

    2 sudu besar sos tiram

    1 sudu besar sos ikan Thai

    1 biji limau nipis yang diperah airnya

    Garam, gula dan perasa secukupnya

    Minyak masak secukupnya

    Cara membuat:

    Bersihkan burung puyuh, kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit dengan sedikit garam halus. Gaul rata.

    Kemudian, goreng burung puyuh hingga garing dan ketepikan.

    Ambilkan sedikit minyak menggoreng tadi untuk menumis. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili kering, cili padi, lobak merah, serai dan lada hitam.

    Setelah naik bau, masukkan burung puyuh yang telah digoreng, perasakan dengan sos tiram, sos ikan Thai, garam dan gula secukup rasa.

    Akhir sekali, perah limau nipis. Sedia dinikmati ketika masih panas.

    Somtam

    Bahan sos

    2 sudu makan gula kabung Thai

    4 biji cili padi

    2 ulas bawang putih

    1 biji tomato yang dipotong dadu kecil

    Kicap ikan secukupnya

    1 biji limau nipis yang diperah jusnya

    Bahan lain

    1 mangkuk parutan betik muda

    1 sudu makan kacang tanah yang dikisar kasar

    1 sudu makan udang kering Thai yang digoreng

    1 biji tomato yang dipotong dadu kecil

    4 biji cili padi

    2 ulas bawang putih

    1 biji limau nipis yang diperah jusnya

    2 sudu makan gula kabung Thai

    Kicap ikan secukupnya

    1 sudu makan kacang tanah yang dikisar kasar

    1 sudu makan udang kering Thai yangdigoreng

    Garam secukupnya

    Cara membuat:

    Di dalam lesung, masukkan gula kabung Thai, tumbuknya hingga hancur.

    Kemudian, masukkan cili padi dan bawang putih.

    Diikuti tomato, kicap ikan secukupnya dan jus limau nipis.

    Gaul rata dan sebatikan rasa agar seimbang rasa pedas, masin, manis dan sedikit rasa masam.

    Dalam mangkuk satukan betik, udang kering dan kacang tanah serta sos yang telah disediakan tadi. Gaul sebati.

    Sedia dihidangkan.

    Ketam masak pedas

    Bahan-bahan:

    2 ekor ketam yang dibersihkan dan ditos

    1 biji bawang merah yang dipotong dadu kecil

    2 ulas bawang putih yang dicincang

    3 cm halia muda yang dihiris halus

    1 batang serai yang dihiris halus

    10 biji cili padi yang dihiris

    1 sudu makan pes cili

    2 sudu makan pes cili Thai

    5 helai daun limau purut yang dihiris halus

    2 pokok daun ketumbar yang dihiris

    Garam dan gula secukup rasa

    Minyak masak untuk menggoreng

    Cara membuat:

    Goreng ketam dan ketepikan.

    Kemudian, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Kacau hingga wangi.

    Masukkan hirisan cili padi, pes cili dan pes cili Thai, kacau rata.

    Seterusnya, masukkan ketam goreng bersama hirisan daun limau purut dan ketumbar. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

    Kacau rata dan sedia dihidangkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda