Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menu cita rasa Filipina

    UMUM bagi individu memang sentiasa ingin mencuba pelbagai menu hidangan istimewa disajikan dari seluruh dunia.

    Ternyata Filipina juga memiliki hidangan menu yang istimewa, unik dan tersendiri untuk dinikmati.

    Bagi mereka yang ingin menikmati keenakan selera masakan Filipina, cuba ikuti resipi mudah yang dikongsikan ini.

    Setentunya ia sesuai disajikan seisi keluarga malah kehalalannya juga turut terjamin. Selamat mencuba!

    Sinigang na Bangus

    Bahan-bahan:

    Beberapa potongan ikan.

    1 liter air basuhan beras yang kedua.

    1 biji lemon yang diambil jusnya sahaja.

    1 biji bawang besar yang dibelah empat.

    10 biji cili padi merah dan hijau.

    ½ biji mangga muda yang dipotong dadu.

    1 potong timun Cina yang dipotong dadu.

    4 cm halia yang dihiris.

    2 ulas bawang putih

    Sedikit hirisan bunga kubis

    Garam, gula dan perasa secukupnya.

    Air secukupnya.

    Cara membuat:

    Masukkan ikan ke dalam periuk bersama air, hirisan bawang besar dan halia. Renehkan sehingga menggelegak. Masukkan hirisan mangga muda, timun Cina, bunga kubis dan hirisan cili merah dan hijau. Selepas dua atau tiga minit perasakan hidangan itu dengan jus lemon, garam, gula dan perasa secukupnya. Biarkan ia mereneh seketika dan tutup api. Ikan sedia dihidangkan dalam keadaan panas.

    Totang Talong

    Bahan-bahan:

    2 biji terung

    2 biji telur

    1 biji tomato yang dihiris halus

    10 biji cili padi yang dihiris halus

    1 biji bawang besar yang dihiris halus

    1 pokok daun bawang yang dihiris halus

    Garam dan lada sulah secukupnya.

    Minyak masak secukupnya.

    Cara membuat:

    Terung dibelah dua tetapi tidak putus, kemudian bakar sehingga lembut. Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan semua bahan hirisan, garam dan serbuk lada sulah. Kacau rata dan ketepikan. Buang kulit terung, kemudian celupkan di dalam adunan telur. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, goreng terung yang telah dicelur ke dalam telur tadi. Tuangkan lebihan telur di atas terung. Goreng sehingga masak dan hidangkan dalam keadaan panas.

    Banana Que

    Bahan-bahan:

    10 biji pisang yang dibuang kulit.

    ½ cawan gula merah

    Lidi sate secukupnya

    2 cawan minyak masak

    Cara membuat:

    Panaskan minyak, kemudian goreng pisang sehingga kekuningan. Angkat. Ketika pisang masih panas, taburkan gula merah di atasnya. Tunggu hingga lapisan gula sedikit kering dan kemudian goreng semula pisang itu buat seketika. Angkat dan toskan minyak serta taburkan semula gula merah tadi. Cucukkan pada lidi kemudian susun dalam pinggan dan ia sedia untuk dihidangkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda