Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menu istimewa rumah terbuka

    SAMBUTAN Aidilfitri jelas terasa dengan pelbagai undangan majlis rumah terbuka daripada sanak-saudara dan rakan-rakan.

    Terutama pada musim waktu awal bulan di mana ramai pekerja menerima gaji bulanan yang tidak terkecuali ingin mengadakan majlis rumah terbuka dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi rezeki.

    Bosan dengan menu biasa seperti daging rendang, sate, ayam masak merah, nasi putih dan sebagainya maka apa kata cuba untuk variasikannya dengan aneka menu hidangan menarik seperti dikongsikan ini. Selamat mencuba!

    Nasi Bukhari

    Bahan-bahan:

    300 gram beras basmathi

    80 gram bawang besar

    50 gram bawang putih

    50 gram buah pelaga

    30 gram bunga lawang

    20 gram kulit kayu manis

    3 helai daun pudina

    10 helai daun ketumbar

    150 gram tomato puri

    30 gram minyak sapi

    400 gram ayam

    Air rebusan ayam

    Garam secukup rasa

    Cara memasak:

    Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang, Masukkan tomato puri serta beras. Masukkan ayam dan garam secukup rasa serta daun pudina dan biarkan ia masak selama 30 minit.

    Rendang Itik

    Bahan-bahan:

    1 ekor itik yang dipotong 12

    1 kilo santan

    Bahan A:

    20 biji cili api

    5 sudu cili boh

    2 inci kunyit hidup

    2 inci halia

    2 inci lengkuas

    5 batang serai

    Bahan B:

    5 batang serai yang diketuk

    2 asam keping

    3 helai daun kunyit yang dicarik-carikkan

    1 sudu makan kerisik

    Garam secukup rasa

    Gula merah secukup rasa

    Cara memasak:

    Itik dibersihkan dan disalai. Kemudian itik itu dipotong 12 dan dimasukkan ke dalam kuali. Bahan A dikisarkan kemudian dimasukkan ke dalam kuali. Dimasukkan bersama sehelai daun kunyit yang dicarik-carikkan. Dimasak sehingga mendidih dan kemudian masukkan Bahan C. Masak rendang itik sehingga menjadi agak kering bagi memberikan rasa yang ranggup.

    Udang Masak Lemak dengan Buncis

    Bahan-bahan:

    6 ulas bawang merah

    1 ketul kunyit hidup

    15 biji cili padi

    1 batang serai yang dititikkan

    2 mangkuk santan terdiri daripada 1 ½ mangkuk santan cair dan ½ mangkuk santan pekat

    1kg udang

    20 batang buncis yang dipotong serong

    1 keping asam gelugur

    Garam secukup rasa

    Cara memasak:

    Tumbuk dan masukkan serai, santan dan asam ke dalam periuk. Masak sehingga hampir mendidih. Masukkan buncis dan udang. Masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam secukup rasa. Masak lagi sehingga mendidh dan udang serta kacang itu akan masak dengan sempurna. Kacau selalu supaya santan tidak akan pecah minyak. Nota: Jangan masak terlalu lama, perhatikan apabila udang telah berubah warna dan melengkung di mana ia menandakan hidangan sudah masak.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda