Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menu vegan sihat dan menyelerakan

    MALAYSIA – Sementara menu di Hungry Tapir di Kuala Lumpur termasuk kegemaran ramai seperti burger, roti dan makanan ringan, awda akan terpesona dengan dedikasi pasukan cef untuk meningkatkan tekstur, warna dan rasa.

    Awda akan menemui Bebola Arancini yang dibuat dengan kubis bunga, Roti Margherita yang dibuat dengan keju vegan buatan sendiri dan Roti Jala Nangka.

    Sama seperti watak Avenger Hulk, Mrs Hulk Smoothie yang menyegarkan merupakan cecair hijau jed yang terdiri daripada campuran krim mangga, pisang, air kelapa dan spirulina.

    Pelanggan berasa lega dan bersyukur kerana makanan spirulina tidak terasa hanyir seperti dasar lautan. Minuman Mrs Hulk menstabilkan rasa lapar walaupun tanpa sebarang gula tambahan.

    Sementara itu, Mama’s Satay adalah hidangan yang pasti menawan hati pelanggan semasa kunjungan pertama ke restoran itu.

    Satay khas Hungry Tapir dibuat daripada cendawan – ANN/The Star
    Gambar ANN/The Star
    Sajian Eggcelent benedict daripada Hungry Tapir. – ANN/The Star
    Croissant pastrami dengan telur dadar daripada LaGula. – ANN/The Star
    Menu Nasi Lemak Vegetarian. – ANN/The Star

    Cendawan yang diperap memberikan rasa yang sungguh mendalam – kunyit, serai dan ketumbar panggang – hidangannya adalah asli dan seakan-akan menyerupai daging, diiringi dengan sos kacang, timun dan nasi impit (kuih beras) yang berkhasiat.

    Makanan kegemaran tempatan, Nasi Lemak dihidangkan bersama rendang cendawan.

    Penuh dengan rempah ratus dicampurkan sedikit daun kunyit, sambal tempenya terasa pedas seperti yang terdapat di gerai-gerai kampung. Jus istimewa ‘Blow Out’, yang mengandungi limau, lobak merah, halia dan kunyit, menjadikannya sajian pencuci mulut yang menyegarkan.

    Seterusnya adalah kepingan kerepek yang diperbuat daripada tempe. Selepas dicecah dalam sos soya pekat dan cili padi, rasa rangup dan kepedasannya menusuk sehingga ke telinga sementara tidak adanya rasa tapai yang ada pada tempe yang biasanya tidak disukai orang ramai.

    Jika awda menggemari pilihan sarapan Barat, satu menu yang mesti dicuba ialah ‘Eggcelent’ benedict, hidangan sarapan dan tengah hari. Telur yang dimasak carak klasik digantikan dengan ‘telur tauhu’ yang mempunyai tekstur seperti kastard.

    Sos hollandaise vegan dicipta secara kreatif dengan menambahkan kala namak (garam Himalaya hitam sejuk) yang sering digunakan dalam masakan Ayurveda.

    Ia mempunyai bau halus dan rasa sulfur yang istimewa. Digandingkan dengan lobak merah yang segar, bayam dan doh masam segar, ia menjadikan sarapan tengah hari vegan yang mengecurkan air liur.

    Sebagai seorang penggemar makanan progresif, pasti awda teringin tahu tentang bagaimana rasanya roti canai vegan.

    Awda akan meninggalkan semua pertimbangan dan tidak terfikir untuk mengunjungi gerai mamak di depan pintu awda apabila awda makan ciptaan yang lazat ini. Doh dibuat dengan susu badam dan rasanya sungguh enak, segar dan menyelerakan. Mencecah setiap bahagian dalam sayur kacang dal dan sedikit sambal tempe memberikan tahap rasa tiada tandingan.

    Awda juga boleh mencuba Seafood Platter dan Scrambled Pastrami Croissant di LaGula.

    Makanan laut adalah daripada konjac, dimasak dalam tepung sadur dengan tekstur makanan laut yang menyelerakan.

    Pastraminya diperoleh daripada sayur-sayuran campur, kacang hitam, soya dan herba lain, semuanya diadun bersama dan kemudian digulung nipis menjadi hirisan pastrami manakala telur hancur dibuat daripada tauhu. Tidak kelihatan seperti daging, tetapi dipuji atas usaha dan rasa.

    Ia membuktikan bahawa makanan vegan tidak semestinya membosankan. Memandangkan pilihan makanan yang pelbagai dan menarik di sini, awda mungkin tidak akan ingat sajian tanpa daging. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda