Wednesday, March 5, 2025
23.9 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Menyambung tali, menganyam tradisi

CHUNGCHEONG – “Proses itu membuat saya lebih tertarik daripada hasilnya,” kata Kim Na-yeon seorang pemintal dan penenun kain rami Hansan, yang diperbuat daripada tumbuhan rami yang digunakan untuk membuat pakaian musim panas tradisional.

Kain Ramie dari Hansan, wilayah Chungcheong Selatan, mempunyai tradisi sejak ratusan tahun, dan proses pengeluarannya telah ditetapkan sebagai warisan budaya oleh UNESCO pada tahun 2011.

Proses pembuatan fabrik rami Hansan ini bermula dengan membuat tali di bahagian batang rami hingga menenunnya menjadi kain.

Memusing benang rami merupakan proses yang rumit yang bermula dengan mengeluarkan gentian dari lapisan dalam batang tumbuhan tersebut, yang kemudiannya dikeringkan dan dikoyak serta dipintal menjadi benang.

“Jika benang tidak menebal dengan sempurna, proses menganyam menjadi sangat sukar,” tegas tukang berusia 25 tahun itu, menunjukkan cara menebalkan tali.

“Selepas berlatih menebalkan tali, saya jadikan ia sebagai suatu kebiasaan. Tangan kiri saya menggosok tali manakala tangan kanan saya menyikatnya, tanpa tahu berapa banyak gam yang perlu saya ambil atau bila saya perlu menyikat,” katanya.

Walaupun dia menyukai proses pembuatan tradisional fabrik, dia juga bercakap tentang keperluan untuk memperkenalkan cara pembuatan baharu untuk kelangsungan fabrik rami Hansan pada masa depan.

“Pembuat yang terdahulu sedang berusaha keras untuk mengekalkan kewujudan kain rami Hansan.

“Walaupun kami telah diajar teknik daripada mereka untuk memeliharanya, pekerja muda juga harus menumpukan pada meneruskan dan mengembangkan tradisi dengan idea baharu,” tambahnya, merujuk kepada harapannya untuk memastikan lebih ramai orang menikmati buatan tangan tradisional. – ANN/Herald Korea

Kim Na-yeon bersama alat tradisional membuat fabrik rami Hansan. – ANN/Herald Korea
Benang rami digunakan untuk membuat pakaian musim panas tradisional. – ANN/Herald Korea
Benang rami yang sudah siap proses pembuatannya digulung sebelum dijadikan pakaian musim panas. – ANN/Herald Korea

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda