Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menyanyi dan bermukun menjadi minat Dang Seri

    Oleh Norizan Murshid

     

    LIMBANG – Dayang Sarinah binti Sulaiman atau mesra dengan panggilan “Dang Seri” dalam kalangan kawan kawan beliau adalah salah seorang peserta Pertandingan Juara Karaoke yang pernah membuat persembahan di Bangar, Temburong pada bulan Julai yang baru lalu sempena sambutan Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 tahun.

    Sebelum pertandingan bermula, Dang Seri menjelaskan beliau berasal dari Daerah Lawas dan telah lama menetap di Limbang. Beliau juga ramai kenalan rakan-rakan seni di Brunei Darussalam.

    Minat menyanyi sejak di usia remaja dan turut pandai bermukun dan bergendang.

    Dang Seri minat menyanyi dan bermukun.

    Pada pertandingan Juara Karaoke Limbang sempena Karnival Kacamata Pertama di Limbang, Dang Seri memilih lagu berjudul Janji yang dipopularkan oleh penyanyi 60an, S.Roha.

    Dang Seri juga meminati lagu Seri Dewi Malam nyanyian Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini. Menurut Dang Seri lagu dan lirik lagu tersebut sungguh indah dan merdu.

    Pada kesempatan yang singkat itu, Dang Seri tidak lupa mengucapkan salam beliau kepada rakan-rakan dan sanak saudara beliau di Brunei dan berharap dapat bertemu lagi pada musim perayaan di tahun hadapan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda