ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
SELAMAT datang ke Storyton Hall, Virginia, di mana peminat-peminat buku datang dari setiap pelosok untuk menikmati kemudahan Agatha Christie Tea Room, di mana mereka akan membincangkan topik-topik mengenai penulis-penulis kegemaran mereka, tanpa mengira apa topik sekalipun.
Dengan dua orang kembarnya, Fitzgerald dan Hemingway, kembali ke sekolah, Jane Steward akhirnya dapat menumpukan sepenuh perhatiannya dalam tugasan, mengurus Storyton Hall dan memulakan projek baharu kemudahan terbaharu resort tersebut, sebuah spa mewah.
Tetapi kerja penggalian untuk membangun asas spa tersebut tiba-tiba tergendala apabila mereka menemukan tulang-temulang dan sebuah buku lama terbongkar dari dalam tanah.

Para pelawat yang datang bagi persidangan buku amat teruja untuk membantu Jane mengenai penemuan sejarah yang misteri itu. Sehinggalah salah seorang daripada mereka ditemui mati di Henry James Library.
Pelbagai persoalan mulai timbul. Semakin ramai yang menjadi suspek pembunuhan tersebut dan Jane harus menemukan dalangnya sebelum lebih banyak lagi yang menjadi mangsa dan kesudahan tidak gembira kisah misteri tersebut.
Apakah misteri di sebalik tulang-temulang tersebut? Buku apakah yang Jane temukan terkubur bersama tulang-temulang itu? Siapa dalang pembunuhan? Dan apakah motif si pembunuh?