Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Menyusahkan keluarga tak patut dijadikan alasan’

    Oleh Nour Maghfirah –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan pesalah dadah berulang untuk pengurangan hukuman, atas alasan bahawa pemenjaraannya akan menyusahkan keluarganya.

    “Amat menyedihkan, selalunya pemenjaraan pesalah akan menyusahkan keluarganya,…namun…(ia) tidak boleh menjadi salah satu faktor yang boleh menjejaskan hukuman yang sepatutnya untuk jenayah itu,” kata Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong.

    Timbalan Pendakwa Raya Qamarul Affyian Abdul Rahman ketika menjawab permohonan itu mendedahkan bahawa Zailin bin Haji Jimbol mengaku bersalah memiliki 32.52 gram methylamphetamine kerana mengedar dan mengambil dadah yang sama serta memiliki 28.75 gram lagi dadah kelas A yang sama.

    Majistret Syaffina binti Shahif pada 1 Jun, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun berserta lima sebatan.

    Ketua Hakim Negara, selepas meneliti keadaan kes, mendapati hukuman Majistret adalah ringan, dikaitkan dengan fakta bahawa Zailin mempunyai tiga sabitan penyalahgunaan dadah sebelum ini.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...