Sunday, May 4, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Meowseum’ jadi tarikan pengunjung untuk bermain

    Gambar AFP

    TEHRAN – Berbaring di depan pintu, seekor kucing jantan mengalu-alukan pengunjung ke muzium dan kafe kucing di Tehran, sebuah bangunan yang menempatkan kira-kira 30 ekor kucing yang berkeliaran dengan bebas di seluruh ruang pameran.

    Shahrzad, Farrokh, Shapoor dan Shirin antara bintang sebenar tarikan di sebuah bangunan kecil dua tingkat di tengah-tengah ibu kota Iran itu.

    Pengarah, Hossein HamlehDari berkata ketika ia pertama kali dibuka pada 2022 dan telah dinamakan sebagai ‘Meowseum’.

    Ia adalah tempat di mana pengunjung dan kucing wujud bersama secara aman di bilik pameran dan teres kafe.

    Muzium itu dibiayai secara persendirian dan dindingnya menampilkan lukisan, foto, karikatur dan juga setem yang meraikan kucing dari pelbagai negara seperti Iran, Korea Selatan, Guinea dan Ukraine.

    Seorang pengunjung mengambil gambar kucing di Meowseum.
    Para pengunjung berinteraksi dan bermain dengan kucing yang terdapat di Meowseum.
    Kelihatan seekor kucing berbaring di atas permaidani di sebuah muzium dan kafe kucing di Tehran.
    Dinding muzium yang dipenuhi dengan gambar-gambar haiwan peliharaan kucing.

    Ramai pengunjung ingin berinteraksi dan bermain dengan kucing angkat, yang mempunyai pelbagai jenis baka.

    Antaranya ialah beberapa ekor kucing Parsi, yang terkenal dengan bulunya yang panjang dan sifatnya yang tenang, baka yang berasal dari Iran dan negara jiran, Turkiye.

    “Saya sukakan kucing, jadi saya sangat sukakan tempat ini dan suasanya yang mesra,” kata Mina, penuntut berusia 21 tahun sambil memeluk seekor kucing jantan berwarna perang.

    Rakanya, Mohammad, 20, berkata dia juga menyukai haiwan sebagai peliharaan, dan dia memutuskan ‘untuk membeli seekor kucing’ dalam beberapa minggu akan datang.

    “Apabila orang ramai datang ke sini dan bertemu Farookh, kucing yang dilahirkan buta namun masih sangat lincah, mereka menyedari kucing juga adalah warga bandar itu dan boleh hidup bersama penduduk,” kata HamlehDari.

    Reputasi haiwan itu di Iran sedikit tergugat pada masa lalu kerana jumlah kucing liar yang banyak di bandar-bandar besar, terutama di Tehran.

    Tetapi tidak seperti anjing, kucing mempunyai nilai sebagai haiwan peliharaan di Iran sejak berabad-abad.

    “Haiwan itu dilukis pada banyak karya-karya seni, terutama miniatur Parsi,” kata HamlehDari.

    Dia memetik contoh Barbi Khan, kucing peliharaan terkenal Naser al-Din Shah dari dinasti Qajar, yang memerintah negara itu dari 1848 hingga 1896.

    Dan ramai warga Iran yang sudah biasa dengan cerita dongeng ‘Masnavi of Mush-O Gorbeh’ (Si kucing dan si tikus), satu satira politik oleh penyair abad ke-14, Obeid Zakani.

    Ia telah menjadi kebiasaan sejak kebelakangan ini bagi golongan kaya di Iran untuk memiliki seekor anjing, sebaik-baiknya baka yang kecil.

    Tetapi trend itu tidak dialu-alukan keseluruhannya oleh konservatif agama dan beberapa pegawai yang mengatakan dalam Islam anjing dikira sebagai najis.

    Pada 2021, satu rang undang-undang mengharamkan memelihara haiwan kerana sifatnya yang ‘memberi mudarat’ dan telah menyebabkan bantahan.

    Tetapi tiada apa yang berlaku sejak usul itu – petunjuk jelas daripada lobi pro-haiwan kesayangan Iran bahawa mereka tidak akan mengambil tindakan.- AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda