ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
NOVEL A Breath After Drowning adalah sebuah novel thriller psikologi terbaharu daripada penulis karya-karya novel yang telah memenangi anugerah, Darkness Peering dan The Breathtaker, Alice Blanchard.
Novel ini mengisahkan tentang protagonis wanitanya, Kate Wolf, yang merupakan seorang ahli psikiatri kanak-kanak, yang berhadapan dengan dilema apabila salah seorang daripada pesakit mudanya mati akibat membunuh diri.
Apabila muncul seorang gadis bermasalah yang ditinggalkan di wad hospital, Kate sendiri meragui kebolehannya untuk membantu gadis tersebut akibat peristiwa pahit yang menimpanya itu.

Tetapi, gadis tersebut mengetahui tentang masa silam Kate, sesuatu yang tidak seharusnya diketahuinya.
Hal ini memaksa Kate untuk berhadapan dengan bukti-bukti yang tidak jelas dalam kes pembunuhan adiknya sendiri 16 tahun yang lalu dan membawanya berhadapan dengan apa yang paling ditakutinya.