Tuesday, October 22, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mercedes-Benz buka loji kitar semula bateri pertama Eropah

    STUTTGART, 22 OKT – Loji kitar semula bateri pertama di Eropah, milik pembuat kereta mewah Jerman, Mercedes-Benz, memulakan operasinya kelmarin di Bandar Kuppenheim, selatan Jerman, lapor Xinhua.

    Dengan pelaburan berjumlah puluhan juta euro, loji itu mampu memulihkan lebih 96 peratus bateri terpakai dan menukar 2,500 tan bahan yang dipulihkan menjadi lebih 50,000 modul bateri untuk model baharu kenderaan elektrik sepenuhnya Mercedes-Benz setiap tahun, menurut kenyataan syarikat itu.

    Menggunakan proses mechanical- hydrometallurgical bersepadu, loji berkenaan memecahkan, memisahkan, dan mendapatkan semula bahan bateri untuk digunakan kembali dalam kemudahan yang neutral karbon. Pendekatan ini menggunakan kurang tenaga kerana suhu pemprosesan yang rendah dan digerakkan oleh tenaga elektrik hijau yang dijana oleh sistem fotovoltan yang dipasang di bumbung loji.

    Loji ini menandakan pencapaian penting ke arah meningkatkan kelestarian bahan mentah, kata Ola Kallenius, Pengerusi Lembaga Pengurusan Kumpulan Mercedes-Benz AG.

    “Bersama rakan kongsi kami daripada industri dan sains, kami menghantar isyarat ketara mengenai kekuatan inovatif untuk mobiliti elektrik yang mampan dan penciptaan nilai di Jerman dan Eropah.”

    Canselor Jerman Olaf Scholz dan Menteri Alam Sekitar negeri Baden-Wuerttemberg di barat daya Jerman, Thekla Walker, turut menghadiri majlis pembukaan loji itu. – Bernama

    Logo Mercedes-Benz kelihatan di ibu pejabat Stuttgart, Jerman pada Mac 2024. Loji kitar semula pertama di Eropah bermula kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda