Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Mercedes-Benz telah mengukuhkan tempat teratasnya sebagai satu-satunya jenama Eropah dalam 10 teratas Jenama Global Terbaik 2021.
Menurut kenyataan Mercedes-Benz AG yang dikongsikan Jati Transport Sdn Bhd, selaku pengedar tunggal jenama Mercedes Benz di Brunei, jenama berkenaan berada di tangga kelapan dalam ranking terkini yang dikeluarkan perunding jenama terkemuka Amerika Syarikat, Interbrand, di mana ia telah mengekalkan kedudukannya itu sejak 2018.
Kenyataan menyatakan, nilai jenama berkenaan telah meningkat 3 peratus sejak 2020 kepada AS$50.866 bilion, bermakna bahawa Mercedes-Benz mengekalkan kedudukan sebagai jenama kereta mewah paling berharga di dunia buat tahun keenam berturut-turut, dan satu-satunya dalam ranking 10 teratas berkenaan.
Naib Presiden Perhubungan dan Pemasaran Mercedes-Benz AG, Bettina Fetzer dipetik berkata, “Ranking berterusan dalam 10 teratas dan peningkatan nilai jenama kami adalah kejayaan yang sangat kami banggakan. Kejayaan ini sekali lagi membuktikan hala tuju strategik kami, sebagai sebuah syarikat dan juga dari segi kedudukan jenama kami.
“Daripada semua jenama kami, Mercedes-Benz beralih daripada pemahaman kemewahan yang tradisional kepada interpretasi moden yang menekankan aspek-aspek seperti
pendekatan, inovasi dan keindividuan, yang mewujudkan kesedaran mengenai dunia kemungkinan baharu dan yang mengaspirasikan keterujaan bagi mobiliti mapan,” tambah
beliau.
Kenyataan menyatakan, Mercedes-Benz sedang bersedia untuk menjadi serba elektrik sebelum penghujung dekad ini, di mana sahaja keadaan pasaran membenarkan.
