Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mercedes F1 berwajah hitam, tanda sokong antiperkauman

    PARIS, 30 JUN – Mercedes mengumumkan semalam sebuah keretanya akan berwajah hitam untuk musim Formula Satu 2020 sebagai tanda sokongan ‘Black Lives Matter’ yang akan dipandu oleh juara dunia enam kali mereka, Lewis Hamilton, yang sama-sama dalam memerangi perkauman.

    F1 kembali setelah tiga bulan ditangguhkan akibat COVID-19, memulakan musimnya semula di Austria hujung minggu ini dalam normal baharu, berikutan pembunuhan warga Afrika Amerika, George Floyd dalam tahanan polis di AS bulan lalu mencetuskan kemarahan dan gerakan antiperkauman di seluruh dunia.

    Hamilton, satu-satunya pemandu yang berkulit hitam di F1, berharap dapat mendorong lebih banyak remaja kulit hitam menceburi bidang perlumbaan. Mercedes dalam satu kenyataan menyatakan bahawa “dalam organisasi kita, hanya tiga peratus tenaga kerja kita yang tergolong dalam kumpulan etnik minoriti dan hanya 12 peratus pekerja kita adalah dari kalangan wanita.

    “Kekurangan ini menunjukkan bahawa kita perlu mencari pendekatan baharu untuk menarik bakat dari masyarakat semua,” tambahnya. Sementara menyatakan kebanggaan terhadap nilai dan budaya pasukan itu, kenyataan itu mengatakan “gerakan Black Lives Matter telah membuka mata betapa kita memerlukan langkah dan tindakan itu dalam memerangi perkauman dan segala bentuk diskriminasi.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda