Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mercedes pecat empat kakitangan hina Muslim

    SOCHI, 29 SEPT – Pasukan Formula One Mercedes mengesahkan pemecatan empat kakitangan, susulan satu siasatan dalaman terhadap insiden buli berunsur perkauman.

    Menurut kenyataan Mercedes, Mercedes-Benz Grand Prix mengesahkan empat individu dipecat dari syarikat itu, 2 Ogos lalu. Pemecatan itu susulan siasatan dalaman yang mengesahkan dasar kepelbagaian dan kesamarataan syarikat itu tidak dipatuhi.

    Berdasarkan beberapa laporan media, hari ini, empat pekerja itu bertugas dalam jabatan teknologi maklumat (IT) dan mereka membuli seorang kakitangan Muslim.

    Tiga kakitangan lain turut dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar dasar kepelbagaian syarikat itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda