Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mercu tanda Asean bercahaya

    Oleh Salawati Haji Yahya

    Gambar oleh Muiz Matdani

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Ibu negara, Bandar Seri Begawan malam ini telah dimeriahkan dengan perarakan dan pencahayaan mercu tanda ASEAN sempena memperingati Ulang Tahun Penubuhan ke-50 ASEAN.

    Pelancaran pencahayaan di Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja sebagai Mercu Tanda ASEAN di Bandar Seri Begawan telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Terdahulu sebelum pelancaran berkenaan, acara dimulakan dengan persembahan hadrah dan tarian selamat datang diikuti lagu kesatuan ASEAN.

    Kemudian majlis disusuli dengan perarakan berwarna-warni yang mengetengahkan Pancaragam Serunai dan Tambur Jabatan Penjara dan diikuti pembawa bendera negara-negara ASEAN oleh bekas pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN).

    Di samping itu, 50 orang bekas peserta Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) yang mengenakan pakaian ASEAN turut berarak sambil membawa perhiasan tanglung.

    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menyalakan api sebagai simbolik Pelancaran Pencahayaan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja sebagai Mercu Tanda ASEAN.
    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menyalakan api sebagai simbolik Pelancaran Pencahayaan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja sebagai Mercu Tanda ASEAN.

    Pencahayaan di Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja sebagai mercu tanda ASEAN di ibu negara.
    Pencahayaan di Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja sebagai mercu tanda ASEAN di ibu negara.
    Tarian selamat datang yang menyerikan lagi acara berkenaan.
    Tarian selamat datang yang menyerikan lagi acara berkenaan.
    Perarakan warna-warni Aktiviti Pencahayaan Mercu Tanda ASEAN Sempena Memperingati Ulang Tahun Penubuhan Ke-50 ASEAN.
    Perarakan warna-warni Aktiviti Pencahayaan Mercu Tanda ASEAN Sempena Memperingati Ulang Tahun Penubuhan Ke-50 ASEAN.

    Selain itu, perarakan aneka basikal dari tahun 1960-an oleh 50 orang penunggang basikal turut memeriahkan lagi acara tersebut.

    Yang Berhormat Pehin serta tetamu yang lain di majlis itu turut menyaksikan persembahan tarian Brunei dan nyanyian ‘Anak’ dari Republik Filipina selaku pengerusi ASEAN yang diadakan di Pentas Perayaan di kawasan letak kereta berhadapan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja.

    Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja dibuka rasmi pada 30 September 1992 dan salah satu tarikan pelancong serta mercu tanda di ibu negara.

    Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok bagi mengukuhkan kerjasama serantau.

    Negara Brunei Darussalam mula menyertai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda