Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Mercun, bunga api bernilai lebih RM150,000 dirampas di Sibu

    SIBU, 7 APRIL – Cawangan Risik Batalion 10 Pasukan Gerakan Am Sibu merampas 357 kotak pelbagai jenama mercun dan bunga api dalam serbuan ke sebuah premis di Lorong Ding Lik Kong 31A4 di sini pada 11:45 pagi, semalam.

    Pegawai Pemerintah Batalion 10 Supt Mohammad Hafiz Kadir berkata barangan kontraban bernilai keseluruhan RM150,500 itu telah dibawa dari Bintulu dengan menggunakan jalan darat dan dipercayai untuk dijual di sekitar Sibu dan daerah-daerah berdekatan sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Gawai yang akan datang.

    “Seorang lelaki warga tempatan yang berada di lokasi serbuan telah ditahan untuk siasatan,” katanya dalam dalam sidang media di sini hari ini.

    Menurut beliau, suspek dan barangan rampasan diserahkan kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...