Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Meriahkan Aidiladha bersama warga sekolah

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Seramai 250 orang ibu bapa, penjaga dan warga Sekolah Rendah (SR) Bendahara Sakam Bunut menghadiri Majlis Ramah Mesra Sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang berlangsung di Dewan Dubai, Airport Mall, hari ini

    Majlis diadakan untuk mengeratkan lagi silaturahim yang sedia ada antara ibu bapa, murid serta guru-guru di sekolah berkenaan. Di samping itu, ia juga bagi membantu dan menambah usaha sekolah dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

    Bagi menyerlahkan lagi majlis berkenaan, turut diadakan ialah penyampaian hadiah pelajar cemerlang PSR 2023 kepada empat orang pelajar daripada Majlis Perundingan Kampung Bunut, Kampung Madewa dan Kampung Tasek Meradun yang disampaikan oleh Ketua Kampung Tasek Meradun dan Kampung Bunut dan juga selaku Pemangku Penghulu Mukim Kilanas, Awang Ahmad Hussaini bin Haji Mohsin.

    Majlis turut menyaksikan pembubaran PIBG sesi 2019 -2021 dan penyampaian sijil penghargaan ahli jawatankuasa tertinggi (AJKT) yang disampaikan oleh Guru Besar SR Bendahara Sakam Bunut, Dayang Rosinah binti Haji Ibrahim, dan diteruskan dengan pelantikan AJKT bagi sesi 2024 – 2026.

    AJKT PIBG bagi sesi 2024 – 2026 bergambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN SR BENDAHARA SAKAM BUNUT
    Warga SR Bendahara Sakam Bunut yang hadir pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SR BENDAHARA SAKAM BUNUT

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...