Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meriahkan Festival Makanan dan Fesyen

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Sempena cuti penggal persekolahan ini, Star Bugs Event Management menganjurkan Festival Makanan dan Fesyen 2017 bermula esok di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

    Berlangsung selama tujuh hari, persediaan rancak dibuat hari ini sebelum festival yang akan menampilkan beratus-ratus makanan termasuk Raja Durian yang akan menjadi tarikan utama pada acara itu, menurut penganjur.

    Beribu-ribu durian akan dibawakan oleh pengimport tempatan untuk festival tersebut, menurut kenyataan yang dikeluarkan penganjur.

    Selain durian, festival juga akan menampilkan makanan salai, barbeku, stim dan sebagai-nya untuk dinikmati pengunjung.

    Salah sebuah petak yang menyertai festival itu rancak membuat persiapan.
    Salah sebuah petak yang menyertai festival itu rancak membuat persiapan.

    Antara tarikan utama lain adalah 500 roti kosong dengan kari dan minuman panas akan diberikan secara percuma, malah 200 tray telur percuma juga akan diberikan kepada pengunjung awal yang bertuah

    Di samping makanan, festival turut menampilkan 100 jenama hijab dengan pelbagai pilihan pakaian kanak-kanak untuk Hari Raya Aidilfitri.

    Pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk sekeluarga seperti menunggang beca, Pedal Kid Card, belon, bouncer, maskot-maskot, pertunjukan haiwan, pertunjukan kucing dan banyak lagi juga akan diadakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda