Saturday, March 22, 2025
21.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meriahkan sambutan Raya bersama Guardian

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Guardian Brunei hari ini memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Raya yang bakal menjelang dengan acara istimewa Raya Bersama Guardian pada majlis pelancaran yang berlangsung di Kompleks Beli-belah OneCity.

    Acara yang berlangsung dari 20 hingga 23 Mac ini akan menjadi satu destinasi utama untuk persiapan Raya, menawarkan pelbagai keperluan kecantikan, penjagaan diri dan kesihatan di samping promosi eksklusif, permainan interaktif dan hadiah menarik.

    Acara itu menampilkan aktiviti menarik seperti Mic Drop Challenge dan Giant Ketupat Toss, di mana pengunjung berpeluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif.

    Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai produk jenama terkenal seperti Triple White, Youvit, Yukazan, Ego QV, Nestle, Skintific, SilkyGirl, Beauty of Joseon, Anua, Numbuzin, Chriszen, Wardah, Dododots dan banyak lagi untuk musim perayaan ini.

    Selain itu, Raya Bersama Guardian juga menjadi pelancaran bagi kempen penjenamaan semula Guardian – Own Your Beautiful.

    Identiti jenama baharu ini menggalakkan individu untuk menerima keunikan dan keyakinan diri mereka, mentakrifkan semula kecantikan di luar standard konvensional.

    Melalui kempen ini, Guardian ingin memberikan inspirasi kepada pelanggan untuk memiliki kesejahteraan dan kecantikan dengan pelbagai produk berkualiti.

    Ketua Perniagaan, Kesihatan dan Kecantikan Guardian Brunei, Tam Vo ketika merasmikan pelancaran kempen Raya Bersama Guardian. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda