Saturday, December 7, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Merkel batal sidang kemuncak EU

    BRUSSELS, 16 OKT – Canselor Jerman Angela Merkel hari ini membatalkan sidang kemuncak pemimpin Kesatuan Eropah (EU) yang dijadual diadakan pada 26 November di

    Berlin yang akan membincangkan hubungan dengan China disebabkan koronavirus.

    “Dalam konteks pandemik, kami telah menjelaskan bahawa kami tidak akan membenarkan sidang kemuncak tidak formal diadakan.

    “Kami mesti membatalkannya,” beritahu Merkel kepada wartawan selepas sidang kemuncak di Brussels.

    Jerman, yang memegang peranan presiden EU, mengadakan mesyuarat tatkala 27 negara anggota bergelut untuk bersatu di belakang dasar yang lebih tegas terhadap Beijing, dengan kebimbangan meningkat berhubung hak asasi manusia serta perniagaan yang tidak adil.

    Berlin tidak sabar-sabar untuk mencapai perjanjian pelaburan EU-China pada akhir tahun dan sidang kemuncak akan membantu menyatukan kedudukan Eropah.

    China berkata satu perjanjian boleh dipersetujui pada tahun ini, namun pegawai EU menegaskan mereka tidak akan menerima syarat-syarat yang tidak menguntungkan hanya untuk mengakhiri rundingan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda