Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Merkel menang hadiah pelarian PBB

    GENEVA, 4 OKT – Bekas canselor Jerman, Angela Merkel pada Selasa memenangi Anugerah Nansen berprestij agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, menerima pujian atas kesungguhannya melindungi pencari suaka semasa memegang jawatan.

    Lebih 1.2 juta orang pelarian dan pencari suaka yang dialu-alukan oleh Jerman pada 2015 dan 2016, pada kemuncak krisis pendatang yang dicetuskan terutamanya oleh perang di Syria, jawatankuasa pemilihan UNHCR memuji ‘kepimpinan, keberanian dan belas kasihan’ Merkel.

    Pada masa itu, wanita yang mengetuai kerajaan Jerman selama 16 tahun itu berkata situasi itu “menguji nilai Eropah kita seperti yang jarang berlaku sebelum ini. Ia tidak lebih dan tidak kurang daripada keperluan kemanusiaan.”

    Agensi pelarian PBB menekankan bagaimana dia menyeru rakan-rakan Jermannya untuk menolak nasionalisme yang memecahbelahkan, sebaliknya menggesa mereka untuk “berbelas kasihan dan berfikiran terbuka”.

    “Dengan membantu lebih sejuta pelarian untuk terus hidup dan membina semula, Angela Merkel mempamerkan keberanian moral dan politik yang hebat,” kata ketua UNHCR Filippo Grandi dalam satu kenyataan, memuji keazamannya untuk membela hak asasi manusia, prinsip kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda