Merkel seru EU koordinasi peraturan perjalanan

BERLIN, 22 JUN – Canselor Jerman, Angela Merkel berkata hari ini menjelang sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) minggu ini bahawa dia berharap untuk mengkoordinasi dengan lebih baik peraturan perjalanan pandemik di kalangan 27 anggota negara blok.

Ketika penularan pantas koronavirus varian Delta yang mudah menjangkit, Merkel berkata ia menjadi satu masalah untuk menyelaraskan peraturan.

“Saya kesal bahawa kita masih belum dapat menangani sepenuhnya tindakan di kalangan negara ahli mengenai garis panduan perjalanan – ia akan kembali memberikan masalah kepada kita,” katanya memberitahu wartawan selepas pertemuan dengan Presiden Pesuruhjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

Dia memberi contoh Portugal, di mana kerajaan pada bulan ini memaksa untuk memperlahankan proses pembukaan semula Lisbon pasca perintah berkurung dan tiga lagi bandar selepas lonjakan kes baharu COVID-19.

“Itu mungkin boleh dielakkan, oleh sebab itu kita mesti bekerja lebih keras,” katanya.

Angela Merkel dan Ursula von der Leyen semasa sidang media ketika mengadakan pertemuan di Berlin, kelmarin.- AFP

“Kami membuat beberapa perkembangan yang baik dalam bulan-bulan kebelakangan tetapi bukan pada tahap yang saya inginkan EU berada.”

Von der Leyen mengambil maklum dia merasa ‘risau’ mengenai penularan varian Delta, mengatakan ia ‘bergantung pada masa’ sebelum ia berleluasa di Eropah. Tetapi von der Leyen, yang berdepan kritikan kerana pengagihan vaksin yang perlahan di kalangan negara blok, berkata dia gembira bahawa suntikan telah diluluskan di EU dan nampaknya berkesan menentang varian.

“Ia adalah penting untuk mendapatkan vaksin secepat mungkin – kita berlumba dengan masa menentang varian Delta.”

Dia turut memuji pengenalan pas COVID-19 di negara blok secara meluas semasa sidang kemuncak EU pada Mei.

Sijil COVID-19 EU – mula dilancarkan pada awal Julai, akan menunjukkan status vaksinasi pemegang, imun daripada jangkitan COVID-19 atau mendapatkan keputusan ujian COVID-19.- AFP