BERLIN, 27 JUN – Canselor Jerman, Angela Merkel kelihatan terketar-ketar dan menggigil untuk kali kedua dalam 10 hari pada satu majlis di Berlin, hari ini.
Kejadian singkat itu berlaku tatkala Merkel berdiri di sebelah Presiden Frank-Walter Steinmeier pada acara awal pagi di mana menteri keadilan baharu Jerman dilantik secara formal. Merkel diberikan segelas air tetapi beliau menolaknya, dan nampak sihat apabila beliau tiba di parlimen setengah jam kemudian.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)