Rokok diperbuat daripada daun tembakau, justeru, kenapa kita ketagihan untuk menghisap rokok?
Semasa 40 tahun lalu, saya juga pernah menjadi seorang perokok. Saya menghisap rokok sejak berumur 25 tahun lagi. Pada tahun 1977, ketika bulan Ramadan, apabila menjelangnya waktu untuk berbuka puasa, perkara pertama yang saya buat adalah merokok.
Memang saya akui, setiap kali merokok, terasa asap-asap rokok itu sangat pahit dan mulai dari situ, saya mula menanam azam untuk berhenti merokok.
Kebanyakan rokok yang saya miliki telah diserahkan kepada rakan-rakan lain yang juga melakukan amalan itu. Sehingga ke hari ini, saya sudah bebas daripada terus merokok.
Jika diingat kembali, merokok sudah tentu tidak membawa hasil yang baik, bererti kita telah membuang wang kita di mana ketika itu dijual sekitar $2.80. Jika dibayangkan selama 10 hari, kita akan berbelanja sekitar $28, manakala $84 untuk tempoh 30 hari.
Jumlah itu, jika kita simpan ke dalam tabung atau bank, sudah tentu ia akan menguntungkan diri sendiri.
Oleh itu, saya berharap kepada anda yang merokok untuk berhentilah dari sekarang kerana kesan merokok itu lebih banyak berbanding kebaikan. Ia boleh memberi kesan kepada isteri dan juga anak-anak. Justeru, berhentilah merokok kerana ia akan menjejaskan kesihatan dan keluarga kita. – Anti Rokok