Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mertens sertai Maradona

    ROME, 29 April – Dries Mertens menyamakan kedudukan sebagai senarai penjaring sepanjang masa Napoli bersama Diego Maradona ketika membantu pasukannya mengorak langkah menyelamatkan tempat dalam persaingan Liga Juara-Juara bagi musim depan dengan kemenangan selesa 2-0 di Frosinone semalam.

    Skuad Carlo Ancelotti hampir sukar untuk disaingi dengan 70 mata di tempat kedua menerusi sepakan bebas Mertens minit ke-19 menjadikan pemain Napoli dari Berlgium itu menyertai penjaring ketiga terbanyak Serie A dengan 81 gol. Penyudah ringkas Amin Younes tiga minit selepas rehat mengesahkan kemenangan 2-0 Napoli.

    Frosinone sementara itu hampir kepada penyingkiran ke Serie B selepas kekalahan menyaksikan pasukan Marco Baroni ketinggalan 10 mata di belakang Udinese di tangga ke-17 dan ketinggalan dua mata seterusnya dari Genoa di tangga ke-16, yang seri 1-1 di SPAL dalam perlawanan yang hampir memastikan setiap pasukan terselamat.

    “Ia adalah satu penghormatan untuk memiliki sesuatu yang sama dengan pemain nombor satu dunia, simbol Napoli dan Neapolitan,” tulis Mertens menerusi Instagram.

    Mertens, yang membuat 202 kemunculan perlawanan liga sejak tiba di Napoli pada 2013, dikhabarkan akan meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini.

    “Saya masih memiliki kontrak setahun. Saya suka beraksi di sini tetapi kita akan lihat apa yang dimahukan kelab,” kata pemain berusia 31 tahun itu.

    Dengan hanya baki empat perlawanan, Napoli masih lagi dengan kelebihan lapan mata di depan pasukan tangga ketiga Inter Milan yang seri 1-1 dengan pasukan yang bhaaru dimahkotakan juara, Juventus Sabtu lalu dan 14 mata di depan AC Milan dan Atalanta yang berada di luar slot Liga Juara-Juara masing-masing dengan 56 mata.

    Rentak terbaru Napoli hanya mencatatkan dua kemenangan dalam lima perlawanan liga mereka yang lalu. Mereka 18 mata di belakang Juve dan diketepikan oleh Arsenal dalam suku akhir Liga Europa tetapi akan pasti dalam persaingan Liga Juara-Juara musim depan jika Milan dan Atalanta gagal memenangi perlawanan masing-masing menentang Torino dan Udinese. – AFP

    Dries Mertens (tengah) meraikan jaringan semasa menentang Frosinone dalam aksi Serie A di Stadium Benito-Stirpe di Frosinone, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda