NOVEL The Wood karya Chelsea Bobulski mengisahkan tentang seorang gadis bernama Winter yang dalam pencarian akan keberadaan ayahnya yang telah hilang di hutan yang mereka lindungi.
Winter ingin mencari tahu kebenaran di sebalik apa yang terjadi, kenapakah hutan itu berubah dan apakah kaitannya dengan kedatangan seorang lelaki yang penuh misteri di dalam novel debut ini.
Apabila ayah Winter tiba-tiba menghilang diri ketika menjalankan tugas meronda malam di hutan itu, kini tanggungjawab tersebut telah jatuh ke bahu Winter untuk meronda portal-portal masa yang ada di sana dan melindungi para pengembara yang tersesat melaluinya.
Winter telah menyimpan syak wasangka mengenai kehilangan ayahnya itu.
Dia berpendapat bahawa terdapat sesuatu yang tidak diketahuinya di sebalik kejadian tersebut lebih daripada yang telah diberitahu kepadanya.

Winter telah bertemu dengan seorang pengembara muda bernama Henry yang mengetahui lebih daripada apa yang sepatutnya.
Henry percaya jika mereka berdua berganding bahu mereka akan dapat mencari semula ibu bapanya yang juga telah menghilang, dan kebenaran mengenai ayah Winter.
Hutan itu telah diracun, dan ia telah berubah menjadi tempat yang berbahaya, membahayakan nyawa pengembara-pengembara yang tersesat di dalamnya.
Winter harus menyimpan kepercayaan ke atas Henry demi mencari kebenaran dan orang-orang yang hilang di dalamnya.