Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Merungkai misteri satu pembunuhan

    ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

     

    DARIPADA penulis karya laris New York Times, Lauren Willig, telah terbit sebuah novel, The English Wife yang bertemakan New York pada zaman Gilded dipenuhi dengan rahsia-rahsia keluarga, perhubungan dan juga pembunuhan

    Annabelle dan Bayard Van Duyvil menjalani kehidupan yang indah. Bayard adalah daripada keturunan keluarga Knickerbocker, manakala Annabelle membesar di rumah besar Tudor di England.

    Bersama-sama mereka telah jatuh cinta di London, mempunyai sepasang kembar berusia tiga tahun yang sangat mereka sayangi dan Bayard juga telah membangun sebuah rumah serupa dengan rumah keluarga Annabelle di tebing Hudson dan menamakannya sebagai Illyria.

    Meskipun terdapat khabar angin mengatakan bahawa Annabelle mempunyai hubungan gelap bersama dengan arkitek yang bertanggungjawab membangun rumah tersebut, namun khabar angin hanyalah khabar angin semata-mata dan mulut orang sangat susah untuk ditutup.

    Sehinggalah satu hari Bayard ditemui mati dengan sebilah pisau tertikam di dadanya.

    Siapakah Bayard dan Annabelle yang sebenarnya? Dan kenapakah abangnya menyebut nama George sebelum meninggal dunia? Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut melalui novel The English Wife yang bertemakan New York pada zaman Gilded dipenuhi dengan rahsia-rahsia keluarga, perhubungan dan juga pembunuhan, hasil daripada penulis Lauren Willig.

    Annabelle pula telah menghilang diri dan dipercayai telah mati lemas. Kejadian tersebut telah menggemparkan orang ramai dan banyak spekulasi terpampang di dada-dada akhbar.

    Adik perempuan Bayard, Janie, telah berganding bahu bersama seorang wartawan demi mencari kebenaran di sebalik kejadian tersebut.

    Dia yakin bahawa mustahil bagi Bayard untuk membunuh isterinya sendiri kerana khabar angin tersebut, ia pasti perbuatan pihak ketiga.

    Namun semakin dia mempelajari mengenai abangnya dan isterinya itu, semakin dia tidak mengenali siapakah mereka berdua sebenarnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda