Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Merungkai pilihan hati Cik Serba Tahu

    SELEPAS beberapa buah drama seperti Awak Sangat Nakal dan Tuan Anas Mikhal kini sebuah lagi novel karya Syamnuriezmil iaitu Cik Serba Tahu telah diadaptasi menjadi sebuah siri drama.

    Drama terbitan Orangetree Production arahan Shuhaimi Zulkefli itu dibintangi oleh Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Riana AF, Ilya Buang, Dynas Mokhtar, Ako Mustapha, Liza Othman, Syazuwan Hassan, Nadia Brian, Sherie Merlis, Badrul Muhayat, Sharisa Haris, Mona Allen, Idris Khan dan Radhi Khalid.

    Ia memperlihatkan mengenai kepelbagaian usaha yang dilakukan oleh Carl Adham lakonan Remy Ishak untuk memikat hati Aerna lakonan Sari Yanti.

    Namun Aerna sukar untuk menerima cinta dari Carl Adham sedangkan mereka baru sahaja berkenalan.

    Tambahan lagi Carl juga secara tiba-tiba mengajak Aerna bertunang dan kemudian bernikah.

    Siri drama Cik Serba Tahu dibintangi oleh Sari Yanti dan Remy Ishak.
    Siri drama Cik Serba Tahu dibintangi oleh Sari Yanti dan Remy Ishak.

    Rakan-rakan sekerja di pejabat menggelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu kerana semuanya dia boleh tahu.

    Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben lakonan Iedil Putra dan Encik Bun lakonan Zarul Umbrella.

    Dan disebabkan sikap serba tahunya itu, ayahnya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri.

    Ayah Aerna nekad untuk mempercepatkan perkahwinan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna terbuka hati untuk menerima cinta.

    Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan ayahnya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh ayahnya?

    Namun siapa pula pilihan ayahnya dan apa pula nasib yang bakal menimpa Carl Adham?

    Untuk mengetahui sama ada Carl Adham berjaya memenangi hati Aerna Isyqee atau tidak, para penonton harus terus setia untuk menonton siri drama Cik Serba Tahu yang disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 123.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda