Thursday, May 1, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Merungkai rahsia Hero Seorang Cinderella

    ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HAJI DAUD

     

    SELEPAS novel Eksperimen Cinta, Tundukkan Playboy Itu dan Suamiku Paling Sweet kini sebuah lagi karya Anjell iaitu Hero Seorang Cinderella diadaptasi menjadi sebuah siri drama.

    Siri drama yang diarahkan oleh Michael Ang itu diterajui oleh Fattah Amin dan Fazura. Di samping itu, iai juga turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Datin Zizie Izette, Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim, Aedy Ashraf, Nina Juren, Azhar Amir, Iswan Ismail, Jasmine Suraya, Lisdawati, Ahmad Fauzee, Anne Abdullah, Ziha Salleh, Syafi Danish dan Farez Ridzwan.

    Ia mengisahkan mengenai seorang Cinderella bernama Nura Medina lakonan Fazura dan hero, Tengku Ian Uzzam lakonan Fattah Amin.

    Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik, senyum ikhlasnya mahal dan jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya dan itulah sebenarnya Nura Medina.

    Siri drama Hero Seorang Cinderella dibintangi oleh Fazura dan Fattah Amin.
    Siri drama Hero Seorang Cinderella dibintangi oleh Fazura dan Fattah Amin.

    Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya yang masih versi Prince Charming. Dia kacak, memiliki senyuman ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

    Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar lakon Datin Zizie Ezette dan kakak tiri, Puteri lakonan Uqasha Senrose selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan lakonan Azhar Amir.

    Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat.

    Namun ada rahsia disebaliknya dan apakah rahsia itu. Untuk mengetahuinya jangan terlepas untuk terus menonton siri drama Hero Seorang Cinderella yang disiarkan di slot Mega Drama pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda