Wednesday, May 14, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Merungkai rahsia pahit Albania

    TIRANA – 40 tahun lalu, suami Irina Sallaku, Xhavit telah hilang. Dia menghabiskan berdekad-dekad lamanya memikirkan ke mana suaminya menghilang.

    Kini, dia sudah berusia 84 tahun. Dia hanya tahu suaminya telah dihukum mati oleh Sigurimi, polis rahsia yang dibenci oleh Albania pada era komunis yang membuat keganasan terhadap para penduduk selama beberapa dekad sehinggalah mereka dibubarkan pada tahun 1991. Dengan pembukaan semula banyak arkib fail rahsia Sigurimi baru-baru ini, dia berharap untuk menemui jawapannya.

    Dia dilahirkan di bekas Soviet Union dan bertemu dengan Xhavit ketika suaminya itu masih belajar di Leningrad. Dia akhirnya mengikut Xhavit pulang ke Albania yang diperintah oleh diktator Enver Hoxha.

    Keadaan menjadi buruk apabila rejim Hoxha memutuskan hubungan dengan Moscow pada tahun 1961 yang memberikan tekanan kepada pasangan campuran seperti mereka. Akhirnya, kehilangan Xhavit memecah-belahkan keluarga mereka.

    “Saya dihantar ke kem buruh selama 12 tahun,” katanya sambil menunjukkan gambar suami dan anak kembarnya di taman yang sudah menjadi kekuning-kuningan.

    Gambar yang menunjukkan penganiayaan politik bagi 100,000 penduduk Albania dari tahun 1945 sehingga tahun 1991. – AFP
    Gambar yang menunjukkan penganiayaan politik bagi 100,000 penduduk Albania dari tahun 1945 sehingga tahun 1991. – AFP
    Tirana menunjukkan gambar di mana para pengunjung sedang melihat peta lokasi penjara politik semasa era komunis. – AFP
    Tirana menunjukkan gambar di mana para pengunjung sedang melihat peta lokasi penjara politik semasa era komunis. – AFP
    Tirana menunjukkan pintu masuk terowong rahsia yang kini ditukar menjadi  sebuah muzium yang dipenuhi dengan gambar-gambar penganiayaan politik bagi 100,000 penduduk Albania dari tahun 1945 sehingga 1991 semasa rejim komunis. – AFP
    Tirana menunjukkan pintu masuk terowong rahsia yang kini ditukar menjadi sebuah muzium yang dipenuhi dengan gambar-gambar penganiayaan politik bagi 100,000 penduduk Albania dari tahun 1945 sehingga 1991 semasa rejim komunis. – AFP

    Beberapa tahun kemudian, Elena, seorang daripada anaknya menemui dakwaan terhadap ayahnya dan tiga dokumen berkaitan dengan hukumannya. Namun, setiap satu mempunyai tarikh yang berbeza-beza. Ini menjadikan mereka keliru. Mereka juga tidak tahu di mana Xhavit dikebumikan.

    “Saya tidak berdendam kepada sesiapa,” kata Irina.

    “Saya hanya ingin tahu di mana kubur suami saya supaya saya dan saudara-mara dapat meletakkan kalungan bunga dan menangis di sana.”

    Meskipun sudah lebih 25 tahun setelah kejatuhan komunisme, politik Albania masih dipengaruhi oleh diktator Hoxha dan rahsia-rahsianya selama 41 tahun. Ramai yang berharap ini dapat diatasi dengan pembukaan semula fail-fail rahsia.

    “Pembukaan semula arkib komunis polis rahsia akan membantu membasmi kejahatan yang mempengaruhi masyarakat Albania,” kata Ismail Kadare, penulis Balkans.

    “Ia seperti mengeluarkan nanah, ia sesuatu yang menyakitkan tapi perlu dibuat.”

    Sigurimi merupakan senjata Hoxha yang sangat kuat untuk memusnahkan musuh dan orang yang mempunyai perbezaan pendapat mengenai komunis. Dia juga berjaya mengasingkan negara yang mempunyai tiga juta penduduk itu dari pengaruh luar sehingga kematiannya pada tahun 1985.

    Dalam jangka masa itu sehingga kejatuhan komunisme pada tahun 1991, lebih dari 100,000 orang dipindahkan ke kem-kem, 20,000 orang dipenjara dan sekitar 6,000 orang mati atau lenyap. Beberapa sumber tidak rasmi mempercayai 20 peratus orang Albania bekerjasama dengan Sigurimi dengan memaklumkan aktiviti-aktiviti mencurigakan kawan-kawan, jiran, rakan sekerja dan juga ahli keluarga mereka. Sumber perisik barat menganggarkan sekitar 10,000 orang bekerja untuk Sigurimi semasa zaman Komunis.

    “Arkib diktator menyembunyikan banyak rahsia-rahsia pahit untuk orang Albania,” kata Gentiana Sula. Datuknya yang memberi amaran mengenai pembukaan semula fail mati di dalam penjara.

    Anggaran awal memberitahu ada “dokumen dengan berjuta-juta muka surat, lebih dari 120,000 fail dan 250,000 rekod,” katanya.

    Pada tahun 2015, ahli parlimen meluluskan undang-undang untuk membuka arkib Sigurimi dan pada bulan Disember tahun lepas, pihak berkuasa persendirian ditubuhkan bagi membantu orang ramai untuk mencari informasi mengenai pengalaman mereka atau nasib orang yang mereka sayangi.

    Sampel fail bagi perkhidmatan rahsia era komunis. – AFP
    Sampel fail bagi perkhidmatan rahsia era komunis. – AFP
    Tirana menunjukkan Daut Gumeni, seorang bekas politik yang telah dianiaya. – AFP
    Tirana menunjukkan Daut Gumeni, seorang bekas politik yang telah dianiaya. – AFP

    Matlamat utama pembukaan semula arkib tersebut adalah untuk memastikan tiada bekas pesubahat Sigurimi diberikan jawatan awam.

    Satu lagi objektif utamanya adalah untuk menjernih-kan keadaan politik Albania, juga untuk menghindari dari dakwaan bersubahat dan bekerjasama dengan Sigurimi yang sering kali dibangkitkan dalam akhbar atau parlimen. Meskipun ia jarang berlaku, namun dalam masa 26 tahun, dua orang ahli politik telah mengakuinya secara terang-terangan. Beberapa orang yang kurang dikenali juga telah menghilangkan diri dari dunia awam selepas didakwa bekerjasama dengan Sigurimi.

    Khabar angin dan spekulasi yang disebarkan telah menyebabkan politik dan masyarakat Albania terbelenggu selama beberapa tahun,” kata penulis Kadare kepada AFP pada tahun 2008.

    Setelah hampir 10 tahun, keadaan mula berubah walaupun masih banyak tentangan, kata Aleksander Cipa, presiden Kesatuan Wartawan. Dia memberitahu bahawa sebahagian kelas politik “menanggung kesalahan-kesalahan orang terdahulu di bahu mereka.”

    Sehingga kini, manipulasi dalam politik dan dalam kalangan orang awam sangat meluas sehingga susah untuk membezakan antara fakta dan fiksyen. Namun bagi Sula, dokumen-dokumen di dalam arkib akan mengakhiri semua itu.

    “Pembukaan semula fail-fail itu akan mengakhiri semua spekulasi ini,” katanya.

    Meskipun prosesnya bermula pada bulan Disember, pembukaan semula arkib itu memakan masa yang lama kerana dokumennya perlu dikumpulkan terlebih dahulu dari pelbagai lokasi sebelum membuat inventorinya.

    Pakar menganggarkan proses untuk mendedahkan kebenaran itu akan mengambil masa lebih dua tahun. Bagi Ombudsman Igli Totozani, warga Albania, pembukaan semula fail itu merupakan “langkah untuk operasi pembersihan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/