ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
TESSA Woodward tidak berasa teruja untuk berpindah ke Chicago, yang mempunyai cuaca sejuk dan sering hujan itu dari rumahnya di Florida.
Walau bagaimanapun perasaan rindukan kampung halamannya bertukar menjadi perasaan takut apabila benda-benda aneh yang tidak dapat dijelaskan akal fikiran berlaku di rumah baharunya itu.
Lampu yang berkelip-kelip, lukisan-lukisan misteri yang muncul entah dari mana, dan bunyi merengut yang meremangkan bulu romanya, sehinggalah anak patung adiknya menangis mengeluarkan air mata membuatkannya sedar bahawa terdapat seseorang ataupun lebih tepat lagi, sesuatu ingin berkomunikasi dengannya.
Terdapat rahsia yang diselubungi misteri lebih dari 100 tahun lamanya, dan dengan bantuan tiga orang rakan barunya, Tessa mula merungkai misteri mengenai apa sebenarnya yang telah terjadi di dalam rumah yang terletak di Shady Street itu, dan apakah kaitan rahsia tersebut dengan dirinya.
