Thursday, May 8, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Merz dipilih Canselor baharu Jerman

    BERLIN, 7 MEI – Pemimpin konservatif Jerman, Friedrich Merz dipilih oleh ahli Parlimen sebagai Canselor baharu negara itu pada Selasa dalam pusingan kedua pengundian pada hari yang dramatik di Parlimen Jerman, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Merz memperoleh majoriti mutlak yang diperlukan dengan meraih 325 undi di Bundestag yang mempunyai 630 kerusi Dewan Rendah Parlimen Jerman beberapa jam selepas kekalahan bersejarah dalam pusingan pertama.

    Kekalahan awal itu merupakan satu tamparan hebat bagi Merz, yang bakal mengetuai gabungan kerajaan baharu terdiri daripada blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) serta Parti Demokratik Sosial (SPD) dengan gabungan itu menguasai 328 kerusi di Dewan Rendah Parlimen Jerman.

    Bagaimanapun, pemimpin berusia 69 tahun itu akhirnya menang dalam pusingan kedua dan dijangka mengangkat sumpah secara rasmi di Istana Bellevue di Berlin di hadapan Presiden Frank-Walter Steinmeier, bagi menggantikan Olaf Scholz sebagai Canselor. – Bernama

    Canselor baharu Friedrich Merz (kiri) dan Presiden Emmanuel Macron berjabat tangan pada akhir sidang media selepas mesyuarat di istana Elysee di Paris kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda