Wednesday, May 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Merz gagal dipilih Canselor Jerman pada pusingan pertama pengundian

    BERLIN, 6 MEI – Friedrich Merz hari ini gagal dipilih sebagai Canselor Jerman yang baharu dalam pusingan pertama pengundian di Parlimen selepas gagal memperoleh majoriti mutlak, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Pemimpin konservatif itu menerima 310 undi di Bundestag yang mempunyai 630 kerusi, kurang enam undi daripada majoriti yang diperlukan.

    Keputusan mengejut itu merupakan tamparan hebat buat Merz, yang bakal mengetuai gabungan kerajaan baharu terdiri daripada blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) serta Parti Demokratik Sosial (SPD) – dengan gabungan itu menguasai 328 kerusi di Dewan Rendah Parlimen Jerman.

    Menurut Undang-undang Asas, iaitu Perlembagaan de facto Jerman, ahli Parlimen mempunyai tempoh 14 hari untuk memilih seorang canselor dengan majoriti mutlak.

    Selepas itu, hanya majoriti mudah diperlukan untuk memilih canselor.

    Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier kemudiannya mempunyai tujuh hari sama ada untuk melantik secara rasmi calon yang dipilih itu sebagai canselor atau membubarkan Bundestag dan mengadakan pilihan raya baharu. – Bernama

    Reaksi Merz selepas dia tidak dipilih sebagai Canselor baharu di Parlimen Bundestag di Berlin pada 6 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda