Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesej aduan tidak tepat

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan mesej mengenai aduan keselamatan jalan raya yang mengatakan orang ramai boleh menyalurkan aduan melalui talian 7292017.

    Kenyataan itu menjelaskan bahawa mesej berkenaan adalah dihasratkan untuk memudahkan orang ramai membuat aduan mengenai kesalahan-kesalahan lalu lintas.

    Walau bagaimanapun, mesej berkenaan, jelas kenyataan berkenaan lagi, belum lagi tepat dan lengkap untuk dikongsikan kepada orang ramai.

    Oleh itu, JPD menyertakan mesej yang tepat dan lengkap bagi panduan orang ramai untuk menyalurkan aduan berhubung kesalahan lalu lintas jalan raya berkenaan dan seterusnya untuk tindakan segera oleh JPD.

    Orang ramai ketika membuat aduan perlu memberikan bilangan pendaftaran kenderaan, tarikh, jam dan tempat kejadian, gambar serta menghantarkan maklumat yang diperlukan itu di talian 7292017.

    Bagi mereka yang ingin untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkara itu, boleh menghubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Jabatan Pengangkutan Darat di talian 2451980/82/ 85/89 sambungan 107 semasa waktu bekerja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda