Friday, March 14, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesej tular pasangan suami isteri perlu bantuan tidak sahih

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Mesej tular di media sosial mengenai pasangan suami isteri yang menghadapi masalah penyakit tidak berjangkit dan memerlukan bantuan adalah tidak sahih.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, menjelaskan, mesej tular itu menyebut bahawa pasangan suami isteri itu berada di Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Temburong, yang mana si isteri menghidap penyakit kanser rahim, manakala si suami pula menghidap penyakit strok.

    Mesej tular tersebut juga menyatakan bahawa mereka memerlukan bantuan daripada orang ramai kerana wang simpanan mereka sudah habis, dan meminjam wang daripada kawan hingga tidak sanggup menanggung hutang.

    Mesej itu seterusnya menyatakan mereka mengharapkan sumbangan daripada orang ramai.

    Setelah menyiasat perkara tersebut, pihak Kementerian Ke-sihatan mengesahkan bahawa tidak ada pasangan suami isteri dengan masalah dan situasi sedemikian yang berada di hospital tersebut.

    Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai, adalah menjadi satu kesalahan menyebarkan maklumat palsu di bawah Penggal 148 Akta Ketenteraman Awam Seksyen 34 iaitu sesiapa yang sama ada menggunakan lisan atau tulisan, menggunakan sebarang cara menyebarkan laporan yang salah atau membuat kenyataan yang salah yang boleh menyebabkan ketenteraman awam terganggu, boleh dipenjara tiga tahun dan denda sebanyak $3,000.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda