Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mesir bantu pindah 7,000 warga asing Gaza

    KAHERAH, 2 NOV – Mesir akan membantu memindahkan ‘kira-kira 7,000’ warga asing dan dua kerakyatan dari Semenanjung Gaza yang dibelenggu perang, kata Kementerian Luarnya, dengan pegawai berkata kira-kira 400 orang dijangka menyeberang hari ini.

    Buat pertama kali selepas pertempuran berminggu-minggu antara Israel dan pejuang Palestin, lintasan sempadan Rafah dibuka semalam untuk membenarkan orang ramai keluar dari Gaza.

    Dalam pertemuan dengan diplomat asing, penolong Menteri Luar, Ismail Khairat berkata Mesir sedang bersiap sedia ‘untuk memudahkan penerimaan dan pemindahan warga asing dari Gaza melalui lintasan Rafah’, kata kenyataan kementerian.

    Khairat berkata ia melibatkan ‘kira-kira 7,000 rakyat daripada lebih 60 warganegara, tetapi kenyataan itu tidak memberikan butiran khusus atau garis masa.

    Kumpulan pertama orang yang dipindahkan pada hari ini mula tiba di Mesir, beritahu pegawai sempadan kepada AFP.

    “Empat ratus orang yang memegang pasport asing dijangka menyeberang hari ini selain 60 yang cedera,” kata pegawai Mesir di lintasan Rafah, menunjukkan angka mungkin berubah-ubah pada siang hari.

    Pengarah lintasan Gaza, Hisham Adwan berkata kira-kira 100 orang yang cedera dan 400 warga asing serta dua kerakyatan, termasuk warga AS, dijangka menyeberang hari ini.

    Antara warga asing dan mereka dengan dua kerakyatan yang menyeberang semalam adalah 31 warga Austria, empat warga Itali, lima warga Perancis dan beberapa warga Jerman, kata kerajaan mereka. – AFP

    Penduduk yang meninggalkan Gaza menunjukkan dokumen ketika mereka bersedia menyeberang lintasan sempadan Rafah dengan Mesir di selatan Semenanjung Gaza kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...