Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesir hadapi tekanan ekonomi

    KAHERAH, 10 OKT – Mesir sedang menghadapi tekanan ekonomi yang ketara, terutamanya disebabkan oleh konflik serantau yang berterusan, kata Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly dalam satu sidang media kelmarin.

    Beliau menegaskan bahawa faktor luaran termasuk ketegangan yang semakin meningkat di rantau ini menyumbang kepada cabaran ekonomi negara, lapor Xinhua.

    Madbouly menjelaskan bahawa dalam tempoh seminggu, harga minyak mentah melonjak sebanyak 10 peratus kepada lebih AS$80 setong akibat ketegangan serantau, meningkatkan lagi tekanan terhadap ekonomi Mesir. “Kami menghadapi cabaran yang bukan berpunca daripada kami, tetapi kami terpaksa menanganinya kerana kesan langsung yang dirasai.

    “Walaupun berdepan cabaran, kami komited untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan menarik pelaburan,” kata Madbouly, sambil menambah institusi kewangan antarabangsa kekal optimis terhadap ekonomi Mesir.

    Beliau juga berkata Mesir menjangka menerima pelaburan asing langsung sebanyak AS$675 juta dalam tempoh beberapa minggu akan datang selepas menawarkan lesen 5G kepada pengendali telekomunikasi.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir mengalami kekurangan mata wang asing yang diperlukan untuk import, yang mengakibatkan penurunan nilai mata wang tempatan serta inflasi yang tinggi. – Bernama

    Dua buah kapal kelihatan belayar di Teluk Suez, Mesir, pada 8 Oktober. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda