Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Mesir mara ke kelompok 16 terakhir

    YAOUNDE, 20 JAN – Mesir, juara tujuh kali itu telah menempatkan pasukan mereka di dalam kelompok 16 terakhir Piala Negara-Negara Afrika kelmarin dengan menewaskan negara jiran, Sudan 1-0, keputusan yang membolehkan lima negara lain termasuk Ivory Coast turut mara.

    Nigeria telah menamatkan perlawanan dalam kumpulan D dengan tiga kemenangan berturut-turut ketika mereka menewaskan Guines-Bissau 2-0, meninggalkan naib juara, Mesir untuk berdepan dengan pemenang kumpulan E pada pusingan selanjutnya, dan berpotensi untuk bertembung dengan Ivory.

    Tandukan Mohamed Abdelmonem dari sepakan sudut 10 minit sebelum separuh masa pertama di Yaounde telah memberikan pasukan Pharaoh melepasi dan menyingkirkan Sudan, dan turut menyaksikan Ivory Coast, Mali, Gambia, Malawi dan Cape Verde layak untuk mara tanpa perlawanan.

    “Saya fikir Mesir berhak memenangi perlawanan ini tanpa ragu-ragu dengan peluang yang kami cipta dan bola sepak yang kami mainkan,” kata jurulatih Mesir, Carlos Queiroz.

    “Salah kami adalah tidak menjaringkan gol kedua itu. Jika awda menjaringkan gol kedua dan perlawanan ini tamat. Dengan jelas saya katakan, jika saya berhasil memenangi kesemua perlawanan 1-0 hingga penghujung kejuaraan, saya akan merasa gembira.”

    Kemenangan Mesir menjamin kelayakan Cape Verde dan Malawi sebagai dua daripada empat pasukan terbaik di tempat ketiga. Ivory Coast mendahului di kumpulan E dengan empat mata dan boleh menamatkan tidak kurang daripada tempat ketiga tanpa mengira keputusan mereka hari ini menentang juara bertahan, Algeria. – AFP

    Reaksi Mohamed Abdelmonem melompat sambil meraikan jaringan gol pertama untuk pasukannya, semasa perlawanan Piala Negara-Negara Afrika 2022 kumpulan D antara Mesir dan Sudan di stadium Ahmadou Ahidjo di Yaounde, Cameroon, 19 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...