Thursday, July 4, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Mesir meterai 29 perjanjian bernilai AS$52 bilion dengan syarikat EU

    KAHERAH, 1 JULAI – Mesir menandatangani 29 perjanjian bernilai AS$52.6 bilion dengan syarikat-syarikat Kesatuan Eropah (EU) semasa persidangan pelaburan yang diadakan di Kaherah kelmarin, lapor Sputnik.

    “Semasa persidangan ini, 29 perjanjian dan memorandum persefahaman bernilai 49 bilion euro telah ditandatangani dengan syarikat-syarikat EU,” kata Perdana Menteri, Mostafa Madbouly.

    Perjanjian itu melibatkan sektor hidrogen hijau, pengeluaran kenderaan elektrik dan teknologi maklumat, antara lain.

    Beliau juga menyuarakan harapan agar perjanjian yang ditandatangani ini akan menyumbang kepada pertumbuhan pelaburan asing di Mesir dan meningkatkan peluang pekerjaan.

    Pada pertengahan Mac, Presiden Mesir Abdel Fattah Sisi berkata bahawa Kaherah akan menerima kira-kira 7.4 bilion euro daripada EU yang diperuntukkan untuk menyokong ekonomi negara itu.

    Daripada jumlah itu, 5 bilion euro akan disalurkan dalam bentuk pinjaman.

    Minggu lalu, Kementerian Kerjasama Antarabangsa Mesir mengumumkan bahawa Mesir akan menerima tranche berjumlah AS$1.073 bilion daripada EU pada 2024. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...