Saturday, November 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesir minta siri Netflix Cleopatra diharamkan

    KAHERAH, 28 MEI – Pejabat Ketua Pendakwa Mesir menerima aduan mengenai siri dokumentari baharu Netflix ‘Queen Cleopatra’ menuntut ia diharamkan susulan laporan mengenai sejarah yang tidak tepat dan ketidakpekaan budaya, lapor Sputnik memetik laporan akhbar El-Watan hari ini.

    Dokudrama empat episod itu ditayangkan di Netflix pada 10 Mei dan mencetuskan kontroversi besar kerana ia dibintangi pelakon ‘biracial British’ Adele James sebagai Cleopatra, firaun terakhir Mesir yang memerintah kerajaan Ptolemaic.

    Aduan difailkan oleh seorang pegawai dari Kementerian Kebudayaan Mesir mendakwa bahawa Netflix telah memutarbelit imej sejarah yang terkenal dengan mencipta pemalsuan sejarah. 

    Pegawai itu menuntut agar siri itu dikeluarkan daripada platform penstriman dan diharamkan selama-lamanya, lapor akhbar itu.

    Penerbit dokumentari itu sepatutnya berunding dengan ahli arkeologi dan antropologi bagi mencipta imej Cleopatra yang betul, menurut aduan itu.

    Berpuluh-puluh ribu orang telah menandatangani petisyen pada April yang mengkritik pilihan pelakon kulit hitam bagi menggambarkan ratu Mesir Purba, dengan alasan bahawa siri itu menjaja ‘Afrocentrism’ dalam percubaan untuk ‘menuntut sejarah Mesir’. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda