Saturday, March 22, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesir, Qatar bincang usaha bersama capai gencatan senjata

    KAHERAH, 21 MAC – Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman Al Thani membincangkan usaha bersama untuk memperkukuh perjanjian gencatan senjata di Gaza dalam satu perbualan telefon kelmarin, lapor Xinhua.

    Menurut kenyataan Kementerian Luar Mesir, kedua-dua menteri bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini di Gaza serta usaha kolaboratif negara mereka demi memastikan pelaksanaan gencatan senjata.

    Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai langkah-langkah untuk memajukan pelan pemulihan awal dan pembinaan semula Gaza oleh negara-negara Arab dan Islam, serta persiapan bagi persidangan antarabangsa mengenai pembinaan semula yang akan diadakan di Kaherah. – Bernama

    PHOTO: ENVATO
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda