Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Mesir, Qatar terima maklum balas Hamas mengenai cadangan gencatan senjata

    ISTANBUL, 12 JUN – Mesir dan Qatar menerima maklum balas daripada Hamas dan Jihad Islam berhubung cadangan gencatan senjata serta pertukaran tawanan baru-baru ini, menurut Kementerian Luar Mesir lewat kelmarin, lapor agensi Anadolu.

    “Mesir dan Qatar mengesahkan bahawa usaha pengantaraan bersama mereka dengan Amerika Syarikat (AS) akan diteruskan sehingga persetujuan dicapai,” menurut kenyataan itu.

    Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menerima pakai resolusi menyokong cadangan gencatan senjata Gaza yang digariskan oleh Presiden AS, Joe Biden.

    Pada 31 Mei lalu, Biden membentangkan perjanjian tiga fasa yang dicadangkan oleh Israel kepada wakil Palestin, Hamas

    yang menurutnya akan menamatkan permusuhan di Semenanjung Gaza dan memastikan pembebasan tawanan.

    Pelan itu termasuk gencatan senjata, pertukaran tawanan dan pembinaan semula Gaza.

    Dalam satu kenyataan bersama, Hamas dan Jihad Islam berkata delegasi bersama dari pergerakan itu telah menyampaikan maklum balas kepada pegawai Qatar semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani. Maklum balas itu turut dihantar kepada pihak berkuasa Mesir.

    Menurut kenyataan itu, ‘maklum balas itu mengutamakan kepentingan rakyat Palestin, menekankan keperluan untuk menghentikan sepenuhnya pencerobohan di Gaza dan pengunduran tentera Israel dari seluruh Semenanjung Gaza’.

    Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ‘mengesahkan komitmennya’ terhadap cadangan yang dirangka Biden kelmarin. – Bernama

    Gambar AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    EU adakan sidang tergempar mengenai Ukraine esok

    MOSCOW, 23 NOV - Para pemimpin Kesatuan Eropah (EU)...

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Nakhoda bot disabit bersalah atas kematian pelancong

    ROM, 21 NOV – Seorang nakhoda bot laju yang...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...