KAHERAH, 30 Julai – Diplomat kanan Mesir dan Rusia bertemu di sini kelmarin untuk membincangkan usaha tanpa senjata pemusnah besar-besaran (WMD) di Timur Tengah, kata Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan.
Kedua-dua pihak menekankan kaedah untuk meningkatkan usaha mewujudkan zon bebas WMD melalui jawatankuasa persiapan bersama menjelang persidangan kajian semula Nuclear Nonproliferation Treaty 1995 (NPT) yang dijadualkan pada tahun 2020, kata kenyataan kementerian itu.
Pasukan Mesir diketuai oleh pembantu menteri luar negeri untuk hal ehwal keselamatan dan antarabangsa Hesham Badr, sementara delegasi Rusia diketuai oleh pengarah Kementerian Luar Negeri, Mikhail Ulyanov. – Xinhua