Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesir sahkan kes pertama cacar monyet

    ISTANBUL, 8 SEPT – Mesir melaporkan kes pertama cacar monyet kelmarin, lapor agensi Anadolu.

    Kementerian Kesihatan Mesir memaklumkan seorang rakyatnya berusia 42 tahun, yang bermastautin di Eropah, kini menjalankan kuarantin di hospital.

    Meskipun pesakit dilaporkan stabil, pihak berkuasa telah mengambil langkah berjaga-jaga dan pemantauan kesihatan terhadap kontak rapat.

    Cacar monyet ialah virus yang menyebabkan penyakit dengan simptom yang hampir serupa cacar, termasuk demam, ruam dan nodus limfa bengkak. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda