Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesir sambung semula penerbangan ke Lubnan

    KAHERAH, 20 DIS – Laluan penerbangan antara Kaherah dan Beirut disambung semula selepas digantung selama tiga bulan, menurut syarikat penerbangan nasional Mesir, kelmarin.

    Penerbangan pertama adalah kelmarin, menurut EgyptAir dalam satu kenyataan, lapor agensi Anadolu (AA).

    “Dengan kestabilan keadaan di Lubnan, kami dengan sukacitanya mengumumkan penyambungan semula penerbangan terus antara Kaherah dan Beirut selepas terhenti selama tiga bulan,” katanya.

    EgyptAir menggantung operasinya ke Lubnan pada 24 September berikutan ketidakstabilan di negara itu.

    Pada masa itu, beberapa syarikat penerbangan Arab dan antarabangsa mengambil langkah sama di tengah-tengah serangan udara Israel terhadap Lubnan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda