Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesir sambut baik hasrat Hamas-Fatah untuk berdamai

    KAHERAH, 18 Sept – Mesir mengalu-alukan kesediaan pergerakan Fatah dan Hamas untuk mengakhiri pertikaian di Palestin yang telah berlarutan selama sedekad, lapor agensi berita China Xinhua.

    Memetik laporan agensi berita MENA, Mesir turut menyambut baik pendirian Fatah dan Hamas mengenai usaha Mesir bagi mengakhiri pertikaian politik kedua-dua pihak sekali gus menyatukan rakyat Palestin. Mesir akan terus berhubung dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan semua pihak yang bertelagah demi kepentingan Palestin.

    Percubaan untuk berdamai menemui kegagalan sejak militan Hamas menyingkirkan kumpulan yang setia dengan Abbas keluar dari Semenanjung Gaza pada 2007. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda