Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesir sasar 30 juta pelancong menjelang 2028

    KAHERAH, 28 SEPT – Mesir sedang berusaha untuk menggandakan jumlah pelawat ke negara itu dalam lima tahun akan datang, kata pegawai pelancongan terkemuka kepada The Associated Press.

    Mesir menyasarkan untuk mencapai 30 juta pelawat menjelang 2028, memandangkan sektor pelancongan yang pernah berkembang pesat sedang pulih daripada kesan pandemik koronavirus dan perang yang sedang berlaku di Eropah susulan pencerobohan Rusia di Ukraine, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Ahmed Issa pada Selasa.

    “Kami melihat permintaan yang tiada tandingan, permintaan yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk perjalanan ke Mesir,” kata Issa dalam satu temu bual.

    Beliau berkata Mesir telah menerima 10 juta pelancong dalam lapan bulan pertama tahun 2023 dan berada “di landasan yang betul untuk mencapai kira-kira 15 juta tahun ini, yang akan menjadi tahun rekod bagi industri pelancongan.” – AP

    Topeng emas Raja Tutankhamun dilihat di Muzium di Kaherah, Mesir kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda